Friday, November 25, 2011

DOA ! DOA ! DOA !

assalamualaikum...

hari ahad ni adalah hari awal muharam. so, i nk share doa AKHIR TAHUN n AWAL TAHUN. ^_^



DOA AKHIR TAHUN.
doa ni baca lepas ASAR pada hr SABTU.
baca sebanyak 3 kali k !
^_^

ERTINYA : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifata lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu, Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Ynag Maha Pemurah.


DOA AWAL TAHUN
doa ni pula baca lepas MAGHRIB hari SABTU juga!
baca 3 kali juga.
^_^
ERTINYA : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

3 comments:

amei said...

tq.. di atas peringatan yg baik..

wanie hasnaa said...

sama2 kaseh ! ^_^
sharing is caring !

NuruL SyuhadaH said...

tenkiu 4 sharing! :)