Wednesday, December 22, 2010

perindu cinta abadi - rabiatul adawiyah

assalamualaikum...
another boring day today..
cuti ni same je rutin harian ku..
duk umah, mkn, tdo, wonline!.. hehe
nk klua takde duit.. huhu

smlm bapak aku baru blik dr kelantan.. ade keje sket..
balik2 je dh mula la kecek klate.. hehe
die ade belikan buku2 agama tuk kitorang..
salah satu nye Rabiatul Adawiyah.. best kisah die..
meh aku citer sipnosis nye..

"Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tidak sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya."

bila aku baca kisah die, aku terfikir, boleh ke aku jadi mcm die.. emmm
tak pena mengejar duniawi.. tak pena pn berkahwin..

ini la bukunya.. sehari je aku baca.. :p

ni belum baca lg..:p

4 comments:

NuruL SyuhadaH said...

best2..mule2 bace psl die lahir tu cdey cgt..:(

Zahiruddin Zabidi said...

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi baca novel RA, insya-Allah dalan bulan Februari novel saya yang bertajuk Nian Hati Salsabila akan terbit.

Terima kasih sekali lagi, wassalam.

Zahiruddin Zabidi

wanie hasnaa said...

waalaikumsalam..
tak sangka penulis buku ni komen kat sini..=)

saya suka novel RA ni.. insyaAllah, saya akan beli buku Nian Hati Salsabila bila dah klua nanti..=)

diharap, en Zahiruddin Zabidi akan menulis novel2 seperti ini lagi akan datang..

Zamri Mohamad said...

Assalamualaikum

Saya merupakan penulis bersama buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah yang diikuti sekuelnya Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah terbitan PTS

Terima kasih atas sokongan terhadap buku Bagaikan Khadijah,